FMLLP Nafi Bantu PDRM

KERJASAMA Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menyangkal dakwaan pihaknya cuba singkirkan Pulau Pinang dari Liga Super dengan menyelamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila kelab itu bakal dihadiahkan tiga mata kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) menggunakan pemain digantung perlawanan.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, tiada sebab untuk buat demikian kerana setiap 24 pasukan bertanding dalam Liga Malaysia dilayan sama rata.
“Tiada layanan istimewa diberi kepada mana-mana pasukan kerana kami melihat 24 pasukan sama.
“Jika kami mahu bantu sekali pun, ia tetap tak akan boleh kerana bukan kuasa kami membuat keputusan, hanya Jawatankuasa Tatatertib FAM berkuasa buat demikian terhadap pasukan langgar peraturan tersebut,” katanya,
Rabu lalu, PDRM mengemukakan aduan rasmi kepada FAM mengenai status pemain JDT, Juan Martin Lucero diturunkan pada 16 Ogos lalu, di Stadium Larkin, sedangkan pemain itu mengutip tiga kad kuning dan perlu digantung.
JDT menang 4-0 tetapi jika bantahan PDRM diterima, JDT bakal dipotong tiga mata untuk diberi kepada PDRM, sekali gus Pulau Pinang tersingkir ke Liga Perdana selepas di pintas The Cops.
Ia menimbulkan rasa tidak puas hati penaung JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Dakwa Tunku Ismail , pihak tertentu dalam FAM, ahli jawatankuasa dan lain-lain tidak suka Pulau Pinang diuruskan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Datuk Gary Nair.
Dakwanya, Gary musuh FAM kerana beliau membantah polisi Sultan Pahang sebagai Presiden FAM (sewaktu Sultan Pahang menjadi Presiden FAM).
Mengulas status kes itu, Kevin memberitahu sebaiknya ia diajukan kepada pihak berkenaan kerana itu bukan bidang kuasa mereka.
Source: http://90minit.com/fam/fmllp-nafi-bantu-pdrm
Source: http://90minit.com/fam/fmllp-nafi-bantu-pdrm
Comments
News Tags
News Feeds
Teka Skor
5 years ago
Penyokong T-Team Hampa Gagal Mendapatkan Tiket Piala Malaysia
5 years ago
Razip terima sebarang keputusan PBNP
5 years ago
Medan Terakhir Untuk Kim Swee Cari Kesebelasan Utama
5 years ago
Jodoh Qu Puteh, Kelantan berakhir
5 years ago
Cheng Hoe belum pasti hala tuju
5 years ago
FMLLP Nafi Bantu PDRM
5 years ago
Berjuang meningkatkan hak penyiaran televisyen – TMJ
5 years ago
Kedah Juara Piala Malaysia 2016
5 years ago
Selangor, Kedah, Piala Malaysia